RESEPI CEKODOK LEMAK MANIS
Musim-musim hujan ini, memang elok sangat buat cekodok bersama air teh tarik. Rasa dingin bertukar kehangatan tiba-tiba. Resepi ini mudah sahaja tak perlu banyak masa. Cuma agak leceh kalau nak membentuk bulat-bulat macam gambar di atas.
Bahan-bahan:-
- 2 cawan tepung gandum
- Setengah cawan air panas
- 4 sudu besar susu pekat
- 2 sudu gula
- Sedikit minyak masak untuk disapu ke telapak tangan semasa membentuk cekodok bulat.
Cara memasaknya:-
- Masukkan setengah cawan air panas ke dalam bekas yang sudah berisi tepung gandum. Gaulkan dengan menggunakan sudu.
- Sejukkan seketika. Lepas dah sejuk, masukkan susu pekat dan gula. Gaulkan sampai sebati menjadi doh.
- Lepas itu barulah gentelkan/bentukkan doh tadi menjadi bulat-bulat kecil.
- Boleh terus menggoreng. Agak keperangan, boleh diangkat dan dihidangkan.
Ringkas kan. Budak-budak pun boleh belajar juga.
Selamat mencuba~~~~~~~
Comments
Post a Comment