NASI AYAM PENYET YANG MUDAH


Nak buat nasi ayam penyet memang mudah je sebenarnya. Kalau nak makan kat kedai, memang ada aje yang tak cukup macam sambal penyet kadang dia letak sikit je dalam bekas. Kita pun kadang-kadang kena tambah duit sikit kalau nak addons sambal dan sup. Jadi nak buat memang leceh. Tapi kali ini saya share nasi ayam penyet semudah ABC.

1) Sambal Penyet Pedas Meletop 



Bahan-bahan :- 
  • Segenggam cili api merah dan hijau
  • 3 buah tomato
  • 4 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 3 cili besar merah & hijau
  • Segenggam ikan bilis 
  • Sedikit garam & gula
Cara memasak:-
  • Goreng semua bahan-bahan di atas. Bila semuanya sudah layu atas kuali. Tutup dan sejukkan sebentar.
  • Sudah sejuk, masukkan bahan yang sudah digoreng tadi ke dalam blender. Kisar sampai halus.
  • Selepas bahan tadi dikisar, bolehlah kita masukkan ke dalam kuali tadi. Gorengkan dan masukkan sedikit garam dan gula.
2) Sup Ayam Awesome

Bahan-bahan:-

  • 1 sup bunjut
  • 2 bunga lawang 
  • 1 kulit kayu manis
  • Ayam yang sudah direbus
  • Air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang merah *dihiris
  • 2 ulas bawang putih*dihiris
  • 1 inchi halia *dihiris
  • 1 kentang *dipotong dadu
  • Sedikit serbuk perasa
Cara memasaknya:
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang sudah dihiris. Bila sudah naik bau, masukkan bunga lawang, kayu manis dan sup bunjut.
  • Masukkan air rebusan ayam. *asingkan ayam sebab ayam itu nanti kita nak buat ayam penyet. Boleh masukkan beberapa ayam untuk sup.
  • Masukkan beberapa kentang yang telah dipotong
  • Perasakan sedikit serbuk perasa. Kalau nak tambah daup sup dan bawang goreng pun boleh.

3) Ayam Penyet Rangup & Tempe


Bahan-bahan:-
  • 6 ayam *direbus
  • Hirisan halia
  • 1 bawang putih dihiris
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 2 batang serai
  • sedikit serbuk kunyit
Cara memasaknya:-

  • Rebuskan ayam bersama hirisan halia dan bawang. Kalau saya, pilih kepak atau peha.
  • Kisar jintan manis, jintan putih, ketumbar, serai dan kunyit. Kisar sampai halus.
  • Bahan yang dikisar tadi, barulah kita perapkan bersama ayam dalam 1 jam. 
  • Bila ayam sudah diperap, sedia untuk mengoreng.
  • Lebihan perapan tadi, kita boleh gorengkan bersama tempe. Tambah sedikit tepung beras untuk mendapatkan serbuk. 
*Untuk nasi, saya masak nasi putih sahaja macam biasa. 
*Boleh ditambah tomato, kacang panjang dan kubis untuk makan bersama nasi ayam penyet.

Nah! sedia untuk dihidangkan bersama keluarga...












 

Comments

Popular Posts