KENTANG TIGA RASA DAUN SUP
Macam bosan sangat kalau kentang ini dimasak bersama cili boh. Sudah biasa sangat. Kita cipta kelainan sikit.
Kentang tiga rasa ni, saya rebuskan dahulu kentang selepas itu barulah digoreng dengan api perlahan. nampak sahaja kekuningan, barulah angkat. Sebelum itu mari kita lihat bahan-bahannya:-
Bahan-bahan:-
- 6 kentang *direbus dahulu
- 3 ulas bawang merah
- 1 bawang besar/holand dipotong bulat
- 3 sudu makan sos tiga rasa
- 2 sudu makan sos cili
- beberapa cili hijau/merah dipotong
- beberapa hirisan daun sup
- Sedikit serbuk perasa tambahan
Cara memasak:-
- Rebuskan dahulu kentang dan bila sudah sejuk angkat dan sejukkan seketika. Lepas itu baru gorengkan di atas kuali dengan api perlahan. Bila nampak kekuningan kat tepi-tepi kentang itu, barulah masak sepenuhnya. Angkat dan alih ke tepi.
- Masukkan hirisan bawang merah, bawang besar holand, cili hijau di atas kuali tadi. Bila sudah naik bau, masukkan sos tiga rasa dan sos cili bersama sedikit air.
- masukkan serbuk perasa dan hirisan daun sup.
- Akhir sekali barulah masukkan kentang yang sudah digoreng tadi. Jangan terlalu lama memasak. Tutup api dan barulah dihidang di atas mangkuk.
Selamat Mencuba!
Comments
Post a Comment