BISKUT OAT COKLAT EMULCO
Tak tahu nak buat apa dengan oat yang ada di dalam almari tu? Mari kita buat biskut oat bersama coklat emulco. Selain dari buat smoothie oat, oat juga boleh dipelbagaikan dengan menu lain seperti roti oat, muffin oat, makan begitu sahaja yang dimasak bersama air atau kek oat.
So hari ini terlebih produktif, saya plan nak buat biskut oat bersama coklat emulco. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.
Bahan-bahan:-
- 4 cawan oat yang telah dikisar halus
- 3 sudu besar mentega
- 3 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil coklat emulco.
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 cawan serbuk serbaguna
- 1/2 cawan minyak jagung dimasak
Cara membuat:-
- Kita masukkan serbuk serbaguna ke dalam bekas besar. Masukkan oat yang telah dikisar halus. Sementara itu, panaskan minyak jagung di dalam kuali lain. bila sudah panas, tuangkan ke dalam bekas yang berisi tepung dan oat tadi. Gunakan mesin pengadun selama 3 minit.
- Masukkan mentega, telur yang sudah dikacau bersama esen vanila dan gula kastor. adunkan sehinga sebati menjadi doh.
- Masukkan sedikit sahaja coklat emulco dan adunkan sekali lagi.
- Bila sudah menjadi doh, bulatkan ia dan tepekkan menggunakan telapak tangan atau belakang sudu. Jangan terlalu tebal.
- Setelah itu boleh dibakar ke dalam oven selam 30 minit dengan suhu 180C.
- Siap untuk dihidang bersama teh tarik.
Selamat Mencuba~~~~~~~~~~~~
Terima kasih atas resipi ini
ReplyDelete