CUCUR UDANG SIMPLE

 


Hari ni terlebih rajin nak membuat cucur udang. Dah lama saya tak buat cucur,  jadi masa jalan jalan cari bahan memasak, saya ternampak serbuk goreng cucur dari Seri Aji, jadi saya nak try la hopefully menjadi. Hasilnya tak sia-sia lah, haha kejadian macam dalam gambar di atas. Tekstur cucur sangat lembut dan ranggup.  Tak perlu tambah perasa, semuanya cukup. Rasa pun sedap. Jadi mari kita tengok bahan bahan di bawah. 

.

Bahan bahan:

1. 1 peket tepung goreng cucur *mcm dalam gambar

2. 10 ekor udang *nak lebih pun xapa, letak banyak lagi sedap

3. Daun bawang/daun kucai. 

4. Hirisan lobak merah

5. Crab filled *kalau xnak letak terpulang

6. 3 cawan air sejuk

.


Cara memasak

Selepaa semua bahan disediakn, boleh terus masukkan tepung goreng cucur, gaulkan semuanya. Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit. Tengok dulu adunan tepung tu kalau pekat kena tambah air. Jangan terlalu cair pula sbn jadi lembik. Kena pandai balancekan,  macam dalam gambar kat bawah. Saya rehatkan seketika dalam sejam mcm tu. Lepas dah 1 jam, saya terus goreng. Buat kecik kecik bentuknya. Jadi selepas dah kekuningan terus angkat. Jangan terlalu lama sebab tepung ni buat cekodok jadi lembut. Bila masak pastikan minyak dah panas, api kuat sikit. Hasilnya pasti tidak mengecewakan. Jadi selamat mencuba. 







Comments

Popular Posts