GLORIA JEAN'S COFFEES LRT PASAR SENI
Gambar ini dah lama, tapi teringin nak letak dalam blog untuk nak cantikkan blog sebab lama tidak buat content masak masak. Saya terjebak untuk datang ke sini sebab laluan saya nak ke office yang berdekatan dengan LRT PASAR SENI https://share.google/BFO3z79B4HWSRve9w dan saya nak tebus kupon diskaun 5% pembelian dari PPZ. Kedai ni berdekatan dengan laluan touch kad (keluar masuk) lrt pasar seni. Tempat dia agak terselindung, kalau jalan tak pandang kiri dan kanan memang tak nampak. Kebetulan hari tu memang tiada pelanggan, jadi saya buat pesanan 1 coffee lattee dan 2 lagi pastry. Ambik, sarapan pagi je dah RM 28.00 haha. Ini sesekali je saya nak mencuba. Pastry dia pelbagai pilihan dan menarik.




Comments
Post a Comment