IKAN SIAKAP 3 RASA LEMON


Ikan siakap 3 rasa menjadi santapan menu untuk sabtu ini. Makan bersama nasi panas-panas memang umph!!!!! (sambil menaip tunggu nasi masak). Jadi tanpa berlengahkan masa, mari kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.

Bahan-bahan:-

  • 1 ekor siakap
  • 3 ulas bawang merah *dihiris
  • 2 biji bawang putih *dihiris
  • Satu inchi halia *dihiris
  • 3 biji tomato
  • 1 lobak merah
  • 4 sudu makan sos tiga rasa
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 4 biji lada bengala * untuk hiasan
  • 1 biji bawang holland *dipotong bulat & hiasan
  • Daun bawang & daun sup *dihiris dan & hiasan
  • 1 keping lemon *diperah dahulu 
  • 2 sudu gula melaka
  • Sedikit serbuk perasa
Cara memasak:-

1) masukkan bahan yang sudah dihiris ke dalam kuali. Bila naik bau, masukkan sos tiga rasa, sos tiram dan sos cili. Tambahkan secawan air untuk bagi kuahnya banyak *siapa yang gemarkan kuah.
2) perasakan sedikit gula melaka dan serbuk perasa. masukkan lobak merah yang sudah dipotong, lada bengala dan lemon. Biarkan seketika.
3) bila rasa sudah sebati boleh masukkan tomato yang dipotong empat, bawang holland dan daun sup/bawang. Lepas itu, bolehlah dihidangkan ke atas pinggan.

SELAMAT MENCUBA!


Comments

Popular Posts