Wattpad Manuskrip Calon Isteri Terbaik



Cerita CIT ni memang cadangnya nak bagi dekat penerbit after dah selesai edit semua. Tetapi Author buat keputusan agar cerita ini kita publish dalam Wattpad. Sebab Author malas dah nak simpan lama-lama dalam lappy.

Dekat bawah ini, Author selitkan beberapa sinopsis pendek yang baru di Copy dari Wattpad. Com. Anda boleh cari Author melalui tajuk cerita ini. Author nak Copy link pun tak boleh. 

Pernah ke tidak dalam hidup anda sendiri, pernah sukakan orang lain dalam diam? Jadi itulah yang terjadi ke atas Nukman Zahin yakni kawan kepada Nahwah Nur Sabrina. Sebenarnya mereka bukanlah kawan baik atau BFF tu, mereka kawan biasa aje. Tapi Nukman mula sedar bahawa dia mula mengerti apa makna CINTA sebenar. Mula mengabaikan perasaannya, dia mula melanjutkan pelajaran ke Negara Jerman bersama kawan baiknya, Iffat Iftiqar.

Jadi, dalam cerita ini bukanlah Nukman Zahin yang Hero 😁 tetapi Iffat Iftiqar yang hero dalam cerita CIT. Dia juga mula menyenangi sifat kewanitaan Nahwah saat gadis itu mula melangkah masuk ke dalam tempat kerjanya. Selepas putus cinta dan pernah ditipu oleh rakan sekerjanya, Iffat pada mulanya anggap Nahwah sekadar perempuan yang sama seperti Mawar namun selepas mengenali ternyata gadis itu bukanlah seperti apa yang difikirkan. Datin Zariya pula sentiasa mengawasi gerak dan tingkah laku pekerja baru mereka.

Belum sampai ke kemuncak, Nahwah dipilih menjadi calon isteri terbaik daripada Datin Zariya sendiri untuk anak bujangnya. Selepas mengupah beberapa penyiasat persendirian ternyata Nahwah dapat menewaskan Mawar di hati anaknya.

Tetapi, Nukman pulang dengan satu harapan cinta. Iffat juga bangkit dan mahu kehidupan kedua manakala si gadis, hanya mahu yang terbaik dalam hidup. Ini adalah cerita cinta penuh dramatik dan komedi 😊


Ada beberapa cerita yang masih perlu dieditkan dalam lappy tetapi ikut kerajinan nak buatlah. Buat masa sekarang, Author sibuk nak edit manuskrip untuk Wattpad, reka bentuk blog, repair lappy. Jadi Author harap semua list Jobs ini dapat dipermudahkan segera. 




Comments

Popular Posts