Mahu Jadi Penulis Segera???


Dalam kehidupan seharian kita, tangan kita digerakkan untuk menulis. Tipu lah kalau sehari tu tak ada menulis. Kalau tiada, mesti ibu jari anda menaip di papan skrin telefon semasa membalas komen di WhatsApp, Instagram dan Facebook. 


Mahu jadi seorang Penulis Segera ada saja yang mudah contohnya macam dekat Wattpad. Dekat situ, beribu atau berjuta para penulis tepek manuskrip mereka. Tidak susah payah nak tunggu buku siap dicetak. Cepat saja nak publish kan? Yang bezanya sebab itu versi virtual yakni di alam maya. Nak view ramai tu ambil masa bergantung kepada cerita anda itu Best atau tidak. Kalau Best, memang berpuluh orang view dan follow. Kalau ada rezeki, akan ada publisher jadikan ke dalam sebuah buku. Contohnya macam buku Uqasya. Macam  dekat bawah. Buku dia, Author ada beli kat MPH satu ketika dulu. 


Jalan cerita dia okeylah dan Best. Patut la dah view 8 Juta kat Wattpad 😀. 

Nak jadi penulis segera macam Author cakap tadi. ♥ Senang. Anda pun dah boleh di label penulis Wattpad. Author percaya peluang berkarya dalam Wattpad ini luas. Penerbit pun ada promote buku penulis mereka dekat situ. Maksudnya, mereka hanya letak cerita sampai bab 5 sahaja, selebihnya pembaca kena beli di kedai. 

Kalau yang suka manuskrip mereka ingin di bukukan boleh je hantar dekat penerbit. Royalti pun ada, betul? 😊

Author mendoakan segala impian anda yang mahu bergelar penulis. Mahu jadi penulis segera atau lambat itu bukanlah ukuran. Yang penting konten anda tu bermanfaat di kemudian hari. 😊

Selamat Berkarya. Karya untuk memberi ilmu kepada insan di luar sana. 

Comments

Popular Posts