Kuih Raya Sinar Cookies 2020



Sebenarnya, raya tahun ni agak berbeza dan tidak sama macam raya-raya sebelum ini. Kuih pun memang Author beli 2 jenis. Satu yang dekat atas tu dan satu lagi Author beli kat kawan Author sendiri. Jadi disebabkan PKP ini, tiada kunjungan raya dan hanya boleh 20 orang saja yang datang maka family pun tak nak beli kuih raya dengan jumlah yang maksima. Ala kadar sahaja. Raya tahun ini mengajar kita erti kesederhanaan dan bersyukur. Itu yang penting sebenarnya.

Author suka beli Sinar Cookies ni sebab harga dia yang murah la. Kalau ikut rasa tu tiadalah setanding dengan biskut homemade sebab biskut homemade ada rasa yang sebenar. Kalau ada kawan Author jual kuih raya homemade, memang Author akan beli dan support. 

Kali ini, specialnya sebab sinar Cookies keluarkan kuih raya kapet. Tengok kat iklan, balang dia kecil je. Tapi bila tengok depan-depan, besar la pula. Jadi masa nak ambil tu, fikiran dah tertanya, betul ke nak beli ini? Raya bukan ada siapa nak datang. Tapi bila fikir, nak makan dan celebrate sesama keluarga, tangan ni terus grab. Harga dia, Author anggarkan dalam RM12. 00. Ambil dan terus bayar.

Kali ini, Sinar Cookies tidak buat peraduan beli dan menang macam tahun lepas. Tahun ini agak suram. Kuih raya kat pasaraya pun tak banyak pilihan. Sama bentuk je macam tahun lepas punya design kuih. 


Gambar atas tu, Author menang masuk peraduan Sinar Cookies. Dapatlah Rm300. 00 masa tu. Siapa yang nak bagi kan? 😊 

Jadi untuk kali ini entry tak panjang sangat. Cuma nak beritahu Sinar Cookies buat keluaran baru sahaja. Tidak pasti rasa dia sama sahaja ke dengan keluaran lain. Itu kena cuba dulu.
🍪 

Comments

Popular Posts