Karipap PKPB



Juadah kuih berbuka semalam, Author buat karipap comel2x, seperti apa yang kawan Author kata karipap yang Author buat comel2x belaka. Bukanlah comel mana pun, sebab Author tak kelim kemas dekat bahagian tepi karipap. 😀 Tapi rasa dia lembut je. Tak liat dan yang penting sedap. Family Author pun suka makan. 

Pertama sekali Author masak dulu inti karipap yakni sardin cap ayam brand. Tumbuk bawang, cili api semua dah panaskan dalam kuali. Nak rasa yang ummppp Author letak lada hitam dan serbuk sedap rasa Maggie punya tu. 🤤🤤

Settle semua tu, Author buat doh karipap. Macam biasa Author pilih tepung gandum cap faiza. Dua cawan macam dalam gambar. 


Lepas tu, Author panaskan dua sudu marjerin dengan separuh cawan minyak yang selalu kita pakai tu. 

Then bila dah panas, masukkan ke dalam bekas yang berisi tepung gandum tadi. Gaulkan dia macam jadi serbuk. 


Lepas dah letak semua tu, baru letak beberapa cubit garam bagi tambah rasa dia. 



Bila dah selesai, masukkan sedikit demi sedikit air sejuk yang dah simpan dalam peti ais. 


Uli sampai jadi doh macam dalam gambar di bawah ni. Simpan dan biarkan beberapa jam baru kita canai kan dia jadi sebuah karipap 😊😊


Selepas dah tunggu beberapa jam tu, Author dah boleh tekap dengan cawan. Sebenarnya Author tiada benda khas buat acuan karipap tu. Kalau ada benda tu, mudah aje. 


Lepas dah buat terapan bulat tu, letak je macam biasa inti sardin tu kat tengah 2x dan kelim kemas. 🤗


Ha dah jadi dah tu. Author memang jenis x reti nak kelim bagi kemas. Bentuk pun semua tak sama. 😂 Ada kecik dn ada besar. 

Buat sampailah habis inti dan doh. 


So, inilah hasil dia. Karipap comel 😍. Yang penting kulit dia xtebal n ranggup je bila kunyah. Author buat ini senanglah abah n mak Author makan. Senang kunyah dan telan. Inti pun sedap dan tidak pedas mana sebab guna cili belakang rumah je 😉



Selamat mencuba dan selamat berbuka ya ❤️🌮

Comments

Popular Posts