Perbaiki Diri dalam Mencari Jodoh



Dulu pernah rasa kesunyian bila setiap tahun memang tiada teman hidup. Sudah genap 10 tahun saya single atau lebih tepat sudah lama tak bercinta. Saya tak keseorangan bila ada teman baik juga belum bertemu jodoh dan tidak pernah bercinta langsung semasa hayatnya. Ada juga yang saya kenal, wanita bekerjaya sudah punya harta sendiri belum menemui pasangannya. Fizikal dan mental mereka membuatkan saya tabik spring. Jadi tidak hairanlah mereka happy dengan enjoy life seperti melancong ke sana ke sini setiap bulan.

Saya Tidak kisah dah bila kawan-kawan atau kenalan yang mengusik bila nak kahwin? Kadang-kadang kuis dagu seketika 🤔. Saya tidak pernah rasa terkilan, marah atau sedih bila diacap kali ditanya soalan sebegitu. Bagi saya itu soalan yang standard piawaian biasa dalam kamus hidup saya. Ada lagi soalan yang bisa menggores hati kecil saya. Tapi saya sudah biasa dengan semua ini. Saya anti lelaki atau jual mahal? Saya juga perempuan biasa yang ingin hidup ke alam perkahwinan namun.... Ada namunnya, saya akui ia bukan mudah. Perlukan daya fizikal dan juga mental yang kuat. Jika gagal merana jiwa. Asalkan saya bahagia dengan cara hidup saya sendiri tanpa menganggu orang lain pun sudah kira saya bahagia.

Jadi, keseorangan itu tidaklah menjadi satu penghalang buat saya untuk mencari kebahagian sendiri. Jika ada jodoh adalah, kalau tiada, mungkin belum tiba masanya lagi. Allah dah tetapkan jalan yang baik-baik untuk setiap hambanya dan saya yakin ada hikmah kenapa jodoh saya itu di hadirkan lambat. Dengan masa yang ada inilah, saya perbaiki amalan hidup yang selama ini berlubang. Mendekatkan hubungan kepada Allah yang Maha Satu, mendalami ilmu agama, bersedekah dan berhubung baik sesama manusia. Yang paling penting, ibu dan bapa saya ada di depan mata saya sekiranya mereka memerlukan bantuan. Itu sudah satu nikmat rezeki buat saya.

Bila anda ingin memiliki pasangan yang baik, maka perbaiki lah dirimu dahulu. Teruskan berusaha untuk menjadi peribadi yang lebih baik lagi. Perbaiki sahsiah, iman, akhlak dan sifat bila anda mahu pasangan yang dekat dengan Allah. KERANA PASANGANMU ADALAH CERMINAN ATAS DIRIMU SENDIRI.

Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri ( ustaz azhar idrus). Jangan pernah mempertikaikan kenapa itu dan kenapa ini. Jangan pernah bersedih jika hidup anda dihadiri orang yang salah dan memberi harapan kerana itu adalah sebaik perancangan Allah. Perancangan dariNya tidak pernah silap. ALLAH Sentiasa bersama orang-orang yang bersabar dan tidak pernah mengecewakan orang-orang yang beriman.

Marilah tingkatkan amalan kita sementara kita diberikan tubuh badan yang sihat. Bukan sahaja kita beribadat semata-mata mahukan ganjaran di bulan Ramadan tetapi buatlah setiap hari setiap bulan dan setiap tahun dengan seikhlas hatimu.

21.43 PM - moniralily.

Saya tinggalkan beberapa gambar buat tatapan umum.

#penulisupahan

Comments

Popular Posts