Cara nak buat Wattpad ramai follower dan view



Okey, kepada yang singgah di blog ini, mesti memang seorang penulis atau ada impian nak jadi penulis betul tak? Tidak kisahlah belum pernah di bukukan ke tidak, tapi impian menulis tu memang menebal. Author dulu pun newbie kat wattpad ni. Tapi ada caranya kalau nak view banyak dari pembaca asalkan karya anda tu fresh dan tidak di ciplak dari Mana2x buku yang telah diterbitkan. 😊

Pertama sekali, sudah tentu cerita yang anda nak buat tu mesti Best, rare dan ada plot twist. Cover buku pun kenalah cantik dan bersesuaian dengan jalan cerita.

Okey ini adalah contoh cerita yang Author dah publish kat Wattpad dan Author buat novel sampai ke bab 58. Jadi pembaca lebih gemar nak baca cerita yang sepenuhnya tanpa ada unsur gantungan. Maksudnya, jangan buat cerita tergantung sepi. Tapi kalau nak cerita anda tu nak dijadikan sebuah novel dan bakal diterbitkan di Mana2x publisher, boleh je letak sampai ke bab sepuluh saja. Sbb pembaca akan tertanya2x apa jalan cerita seterusnya. Menarik bukan? Macam lah Author buat dekat manuskrip KEBAYA. Author letak sampai bab 15 sahaja. Jadi kalau nak baca penuh silalah beli ya di kedai 😘😘


Jadi lepas dah siap dan publish dekat wattpad tu, sila lah letak hashtag atau tanda pagar yang bersesuaian mengikut cerita anda. Contohnya #kahwin #cinta #kasih.


Okey, kalau macam dalam gambar di atas tu, Author dah letak hashtag siapa2x kalau pembaca buat carian di dalam wattpad. ♥ 


Kalau tak nampak tu, boleh zoom bagi clear. Sebab Author rasa macam kabur kat situ sebab screenshot aje. Jadi, kita boleh nampak pembaca memang ramai kat situ ikut carian hashtag kita letak tu. Jadi bila ada yang baca, komen dan vote tu maksudnya cerita anda tu Best dan menarik. Ada juga pembaca letak cerita anda dalam reading list mereka. Tu dah kira alhamdulillah 😊. 




Okey ini result dia dalam gambar di atas. Setiap malam ada sahaja yang baca cerita kita. Sedangkan cerita Author tu biasa2x je. Novel E Online cinta. 😁

Lagi satu kalau nak view lebih, anda boleh je promote kat Kawan2x kat Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain2x yang boleh dipromotekan. Macam Author sendiri pun suka share cerita Author kat WhatsApp dan Instagram untuk mempeluaskan pembaca baru 😊

Sebenarnya nak buat follower ramai ni tak mudah melainkan anda memang penulis terkenal dan Best seller pulak tu. Kalau Author tak cecah beribu pun, tapi kalau ada usaha InsyaAllah tak ke mana. Kalau anda dah berjaya capai view dan follower tu boleh komen Author. Author nak juga tips2x segar nak majukan wattpad Author 😁😁

Selamat menukang ♥️♥️♥️

Comments

  1. Perkongsian yang menarik, Terima kasih Moni 🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih juga sudi singgah di blog 😊. Sama2x

      Delete

Post a Comment

Popular Posts