Penerbit tolak Manuskrip anda???
Pertama sekali, Author tak menjangkakan yang Author akan jadi Penulis separa masa. Impian itu memang ada sejak di bangku sekolah lagi. Bermula Author ke tingkatan 6 tak silap, Author dah start karang cerita cinta versi sedih π’ kat dalam lappy. Kalau tidak silap la kan, mss masa tu dalam 400 lebihπ banyak kan? Berbulan juga nak siapkan manuskrip tu. Tapi nasib tidak menyebelahi Author bila manuskrip tersebut di reject oleh penerbit. Nasib baik la masa itu, Author dapat emel dari penerbit bersama komen2x membina.
Bila dapat maklum balas daripada penerbit tu memang deep sangat2x. π. Author mula hantar manuskrip ni masa start form 6. Jujur kata, family Author tak tahu pun yang Author suka menulis dan memang tak mahu mereka tahu pun π. Jadi bila dapat komen2x macam ni semakin membuatkan Author bersemangat nak buat manuskrip terbaik. Siapa yang tak nak ada sebuah buku kan dalam hidup? Sekurang ya sekali terbit tu dah rasa syukur sangat2x. Sebab Author memang jatuh cinta dalam kancah penulisan dan penerbitan. Apatah lagi sekiranya Author suka buku diadaptasi. Maksudnya peluang buku kita nak laris tu amat tinggi tau ♥️. Nama penulis pun popular aje di kedai buku.
Dekat bawah ini, Author ada letak senarai komen berjela daripada penerbit terkenal. Tapi Author suka sebab penerbit ini membantu Author untuk menambah apa yang kurang dalam manuskrip tersebut.
Kalau tak nampak tu, anda boleh zoom out kasi clear. Maaf sangat sebab pakai screenshot aje. π
Ada banyak lagi komen berjela. Menyentuh kalbu pun ada. π
Okey, nasib baik Author ada simpan emel2x ni semua dalam emel Gmail Author. Boleh la sebagai kenangan. Dulu Author ada hantar dekat penerbit lain, cuma tak dapat nak kongsilah dekat sini sebab dah padam semua komen. Seingat Author masa tu dekat Universiti. Author rajin juga hantar tapi rezeki masih tidak memihak π¬
Zoom out ya kasi clear. Okey ramai kawan banyak kata yang Author ni masa sekolah dapat A dalam bahasa Melayu. Yeke? Memandai aje. Jawapan dia, Author ni bukanlah suka subjek bahasa Melayu. Kalau dapat pun mesti B+ macam tu. Sebab Author tak suka dia punya protokol π€£. Dalam bahasa Melayu mesti kena masukkan ayat tu ayat ini. Haih, sekarang pun dah lupa macam mana kertas soalan bahasa Melayu. π
Kat atas ni ada contoh dia bagi. Correction sekali. Masa ini bila Author baca memang down. Sebab banyak kelemahan tau. π
Nampak tak? Warna kuning yang dah di highlight tu. Author dah boleh tahu apa kesalahan Author sendiri. Akui, bukan mudah nak jadi penulis even nak siapkan. Berbakul muka surat. Even sekarang pun Author rasa banyak lagi benda baru yang perlu dilakukan dalam penulisan. Kalau anda baru berjinak dan dapat emel macam ini, just go on je. Terima nasihat itu semua sebagai pembakar semangat. Yang penting MINAT. kalau tiada sumber minat macam mana nak berjaya.
Anda tengok la banyak komen yang diberikan. Agaknya berapa jam penerbit ini komen kat Author.
Walaupun Author dah ada novel pertama itu tidak bermakna Author dah berjaya. Ramai kata macam itu. Salah mindset tu. Author tak rasa Author dah berjaya. Ada banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Author kalau boleh nak jadi penulis Prolifik. Menulis pelbagai genre termasuk thriller, seram, hindi. Tapi Author akui bukan mudah ya nak jadi penulis bermacam genre, kena ada ilmu.
Penerbit yang Author kongsikan ini memang baik sebab dia berkongsi ilmu dan tidaklah sekadar hantar manuskrip ditolak semata 2x.
Okey ini bahagian terakhir. Cukuplah tu sampai sini. Kalau ada yang lain, kita sambung entri yang lain.
Siapa yang pernah kena reject oleh Penerbit tu jangan gundah gulana. Ada banyak lagi Penerbit lain yabh boleh anda hantar manuskrip tu. Tak semestinya karya anda ditolak tu tiada harga. Ada nilainya, jangan dibuang pula. Boleh edit balik, dan hantar pada Penerbit. Kalau tak nak pun, boleh hantar kat Wattpad atau Self Publish sendiri je. Bezanya Wattpad tak perlu modal dan Self Publish perlu ada modal.
Sekian saja ulasan Author. Kalau ada sebarang komen, boleh aje add di ulasan. π
π Sedap nama Tengku Arshad Danial ini. Nama yang selalu berlegar di minda bila2x.
Comments
Post a Comment