ROTI GARDENIA GARLIC BREAD MENGGUNAKAN KUALI PAN

 


Garlic bread atau lebih dikenali sebagai roti bawang putih menjadi kegemaran kepada semua penggemar western. Selalu kita pergi ke restaurant mana-mana pun, memang ada menu roti bawang putih. Makan panas-panas selepas keluar dari oven memang ranggup dicicah pula bersama sup cendawan. Kali ini saya tidak sekalikan dengan sup cendawan. Yang menariknya saya tidak bakar ke dalam oven. Cuma saya pakai versi masak dalam kuali pan sahaja. Kuncinya api jangan kuat sangat.

Saya tumbuk lumat 6 biji bawang putih. Kemudian gaulkan bersama planta. Planta itu saya lebihkan sebab takut bawang putih melekat pada kuali pan. Tapi alhamdulilah, selama saya cuba memasak bersama kuali pan, tiada lagi bawang putih melekat atas pan. 

Setelah gaul bersama planta, sapukan ke atas roti gardenia. Nak letak serbuk oregano/lada hitam pun boleh. Kemudian, masuk ke dalam kuali pan dan tutup dengan penutup. Api perlahan ya. Tunggu selama 10 minit atau agak-agak bawah roti tu kekuningan baru boleh terbalikkan. Selepas itu tutup lagi dengan penutup kuali pan. 

Terbalikkan lagi, bila nampak semua dah kekuningan, boleh angkat dan hidangkan. Masa ini roti dah keras dan ranggup depan dan belakang. Tak hangus pun sebab kena guna api perlahan sahaja. 

Masa memotong roti bawang putih ini, kita dah boleh dengar krup krup. Maksudnya memang menjadilah roti bawang putih saya tu. Rasa pun fuhhh sedap macam baru keluar dari ketuhar. Jaadi sesiapa yang tiada oven di rumah itu, boleh cuba. :)



Comments

Popular Posts