CENDAWAN SHITAKE GORENG TEPUNG
Petang dengan cuaca panas-panas macam ini, tekak terasa pula nak makan cendawan goreng tepung. Makan pula bersama nescafe dark roast memang umph sangat! Cara membuatnya pun ringkas sangat, cuma perlukan mood rajin aje.
Saya guna tepung jenama bestari. Saya pilih tepung goreng ayam original. Masukkan dalam satu bekas. Masa tuang ini agak-agak berapa cendawan yang ada. Tambah sedikit air. Tak perlu tambah apa-apa serbuk perasa sebab rasanya memang cukup sedap bila dimakan.
Golekkan cendawan shitake yang telah dibasuh dan dipotong ke dalam bekas yang sudah dibancuh tepung bersama air. Saya potong menegak cendawan itu. Ikut citarasa anda nak potong macam mana asalkan boleh dimakan.
Sediakan satu bekas lain untuk diisi tepung bestari. Selepas cendawan tadi dicelup dengan bancuhan tepung dan air, lalu salutkan dengan tepung bestari. Golek-golekkan sampai rata. Kemudian, masukkan ke dalam kuali yang sudah panas. Nampak keperangan, angkat dan toskan.
Sedia dihidangkan bersama keluarga.
Comments
Post a Comment