NASI GORENG LADA HITAM FAUNA
Nasi goreng lada hitam fauna versi cik moniralily. Sedap makan pedas-pedas dan panas-panas.
Bahan-bahan:-
1. 6 biji cili api
2. 1 biji cili besar merah
3. 2 sudu serbuk lada hitam
4. 1 sudu serbuk lada putih
5. 2 ulas bawang merah
6. 1 ulas bawang putih
7. Sayur kubis bunga *tak kisah sayur apa pun
8. 1 kiub pati ayam
9. 2 mangkuk nasi putih
Cara memasaknya:-
1. Tumbuk cili api, bawang putih dan merah. Panaskan api dan tuang bahan Yang telah dimasuk tadi. Gaulkan sampai naik bau. Kemudian masukkan kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan putih. Sedikit garam.
2. Gaulkan kesemuanya dan boleh masukkan nasi putih. Goreng sampai nasi sudah sebati dengan bahan tadi. Selepas itu, masukkan sayur kubis bunga.
Siap untuk dihidang...
Comments
Post a Comment