TERUNG CELUP TEPUNG
Sayur terung celup tepung menjadi santapan menu kegemaran bagi keluarga kami. Dicicah bersama sos cili pedas jenama LIFE menambahkan kenikmatan kemanisan isi terung itu sendiri. Tak pandang kiri kanan dah. Tambah-tambah pula waktu ini hujan turun dengan lebatnya.
Potong terung nipis-nipis serong. Rendamkan dahulu ke dalam manngkuk berisi air garam. Biarkan selama 30 minit. angkat dan toskan. Salutkan terung tadi bersama bancuhan tepung bestari dan sedikit serbuk paprik (jika mahu pedas). Kemudian celupkan ke atas pinggan lain yang berisi tepung bestari.
Gorengkan ke dalam kuali yang penuh minyak dan sudah panas. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidangkan...
Comments
Post a Comment