PASTA BOLOGNESE

 


Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat pasta bolognese. 

Bahan-bahan:-

  • 1 bungkus pasta *saya guna pasta spiral
  • 1 biji bawang putih *dihiris
  • 10 nuget ayam/daging
  • 1 tin sos pasta bolognese jenama prego
  • 5 hotdog
  • Daging ayam kisar
  • Hirisan cili api
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
Cara memasak:-

  • Gorengkan dahulu nuget dan hotdog. Selepas sudah digoreng, angkat dan toskan. Kemudian barulah start potong-potong kecil. 
  • Atas kuali lain, masukkan bawang putih dan hirisan cili api. Boleh masukkan sayur pilihan anda. Kemudian masukkan daging kisar. Masak sampai keperangan barulah masukkan sos pasta bolognese. Gaulkan seketika. Boleh masukkan 2 cawan air.
  • Perasakan dengan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali tuangkan nuget dan hotdog yang telah digoreng tadi.
  • Masak sehingga semuanya sebati.
Selesai memasak kuahnya, bolehlah tuang ke dalam mangkuk. Boleh dituangkan ke atas pasta yang telah direbus tadi. 

SELAMAT MENCUBA.....

Comments

Popular Posts