Satay Pilot Grab Food Pilihan anda

 


Semalam tekak ini tak nak makan nasi waktu berbuka, lagi-lagi pula mata tu tengah ralit tengok makanan di aplikasi Grab What is GrabFood | Grab MY dan nampak pula satay Satay Pilot Official (facebook.com) terus ibu jari ini tekan order. Saja-saja nak merasa sebab ahli dalam keluarga ini pun teringin nak makan sate katanya. 

Banyak pilihan yang ada. saya cuba chicken single set x3. Satu bekas plastik RM16.00 dalam Grab tetapi kalau direct beli dekat owner lagi murah. Sebab saya biasa tanya peniaga yang sudah link dengan Grab. Harga mereka berbeza secara direct dengan Grab. Dalam bab makanan ini, saya tidak kedekut dalam mengeluarkan wang dan belanja sebab saya suka. 



Selain dari Satay pilot -Taman Rahmat Jaya ada juga pelbagai satay dalam aplikasi Grab ini. Biasa muncul mesti yang berdekatan dengan tempat saya diami (Sungai Buloh). Jika sebelum ini saya pernah merasa Gerobok Satay. Kali ini saya pilih Satay Pilot ini. Menariknya disekalikan dengan kuah kacang, timun, bawang dan juga nasi himpit. Lupa, dalam sebekas itu ada 10 batang satay. Tidak ketinggalan juga, Satay pilot ada mix single set, single set dan combo set. Rasa keenakan satay pilot ini memang sedap dan lembut. Saya suka kuah kacang dia memang lain dari yang lain. 




Diakui ada cas penghantaran bermula RM5.00 Itu tidak membebankan sebab atas pilihan kita sendiri menggunakan aplikasi Grab. Satay Pilot juga ada menyediakan servis untuk event dan catering bagi sesiapa yang mahu mengadakan majlis dan kenduri. Bagi sesiapa yang mahu mencubanya secara direct boleh lawatinya ke Satay Pilot Official | FacebookSatay Pilot (@satay_pilot) • Instagram photos and videos . Anda juga boleh dapatkannya di aplikasi FoodPanda Satay Pilot menu in Rawang | | Food delivery in Rawang | foodpandaJika sudah merasa boleh tag mereka di Facebook dan Instagram. 


Mencari kuih gunting yang sedap? hanya di 







Comments

Popular Posts