Lapar di waktu petang?

Hari ni macam rajin sekejap nak buat konten baru tentang resepi roti prata sardin pedas. Sebenarnya saya sudah lama buat menu ni untuk sarapan pagi dan minum petang, tapi tak kesampaian nak update dalam blog😁. Nampak sangat pemalasnya. 

Cara membuat roti prata sardin tidaklah sesusah mana. Simple sahaja caranya dan bahannya amatlah mudah, tidak perlu memeningkan kepala nak membeli bahan-bahan. Rasanya pun sedap sangat. Kalau korang lapar sanga-sangat tu tapi tak tahu nak makan apa, buat aje roti prata sardin. 

Senang sahaja nak siapkan roti prata sardin pedas.

Bahan-bahan yang perlu ada adalah:-

1. Tin sardin cap ayam brand. Author suka ayam brand sebab rasanya manis.

2. Cili API merah & hijau. Dipotong Dua.

3. Roti prata jenama Kawan. Jenama lain pun tiada masalah.

4. Bawang Holland 

5. Bawang putih.


Cara membuat:-

1. Tumbuk bawang Holland Dan putih.

2. Masukkan cili api dan barulah tuang sardin dari tin dalam kuali.

3. Selesai masak, ambil sesudu sardin yang sudah dimasak tadi atas roti prata. Ikut saiz anda la. Kalau author buat bentuk segitiga.

4. Lepas dah siap, anda boleh terus goreng atau masak dalam oven & fryer. Kalau nak nampak cantik kena masak dalam oven & fryer. Masak dalam 40 minit.

Nah! siap untuk dijamah. 


memasakdenganmudah bersama Khind Air fryer (7.7l)


Comments

Popular Posts