KEK BATIK VIRAL

Siang tadi sempat membeli kuih raya dan sekali beli bahan masak kek batik. Sebenarnya tak plan pun nak buat hari ni tapi ternampak coklat baik buat kek batik.




Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

  • Butter. Xkisahlah jenama apa. Saya pilih emborg
  • Biskut Marie -Pecahkan 
  • Serbuk koko - Dua cawan
  • Serbuk Milo - Tiga cawan
  • Coklat Putih Royal De Dolton - ini sekadar hiasan atas lapisan kek batik saja *optional
  • Coklat rice/kismis/M&M -tak kisah mana-mana
  • Coklat Kitkat- sekadar hiasan atas kek
  • Susu pekat manis -2 cawan
  • setengah cawan air -tujuannya nak lembutkan testktur saja. Kalau suka keras, xperlu letak.

Pertama sekali masukkan butter dalam periuk dengan api sederhana (api tidak perlu besar).

Nampak Butter dah mencair tu, masukkan susu cair (besarkan sedikit api) kemudian kacaukan dengan sebati. Nampak ada gelembung2 tu, terus masukkan serbuk milo dan koko.




Kacau ya dengan api perlahan. Bila dah sebati, masukkan biskut marie yang siap dipatah2. Gaulkan dengan berhati-hati supaya biskut tidak tercampak keluar (masa ni biskut saya ada terjatuh masa nak masuk dalam periuk) dan badam/kismis.




Jangan terlalu lama. Tutup api dan masuk dalam dulang khas. Padatkan dan tekan2 supaya dapat tekstur yang cantik semasa memotong nanti. Masa inilah kita boleh taburkan coklat rice atas kek batik. 
Bila kek batik sejuk sikit saya buat lapisan pertama atas kek batik. Saya cairkan dua keping coklat bar putih. Kalau anda nak tahu coklat ini memang kurang gula ya. LamboPlace - ROYAL DE DOLTON - Sugar Free Dark Chocolate S9036 boleh lawati page dia. 






Selepas lapisan pertama selesai, saya terus membuat lapisan kedua pula hanya menggunakan langkah yang sama (Panaskan butter, susu pekat, serbuk milo dan koko). Tuangkan ke atas lapisan pertama. Kemudian bolehlah letak kitkat dekat atas. Ikut pilihan masing2.



Jangan lupa masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan. Dalam beberapa jam bawak keluar dan lihat hasilnya! 









Comments

Popular Posts