Makanan Orang Demam & Batuk

Entri kali ini, saya nak masukkan makanan untuk orang sakit demam dan batuk. Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan kita mengalami demam, selesema dan batuk. Lebih merisaukan, mak saya juga terpalit sama tempiasnya. Pulang sahaja dari kampung, saya diberitahu mak dah mula demam dan batuk. Siang dan malam kedengaran batuk dari bilik. Ada satu hari yang mak saya tak sihat dan tidak larat mahu memasak, saya beli saja sup ayam jenama campbell's. Tapi kena beli bahan-bahan lain seperti ayam, cendawan dan daun sup. Ini cara sayalah. Yang penting sup tu sedap dan sesuai dengan tekak orang demam.



Saya pilih cream of chicken yang rasanya boleh tahan sedap. Saya rebus ayam dahulu. Bila sudah rebus saya angkat dan biarkan ianya sejuk baru boleh dicarik2. Sediakan kuali pan/periuk. Tuang sup campbell's ke dalam periuk. Kacukan dan letakkan sedikit air (saya letak dalam 2 cawan). Kacau2 sampailah sekata. Berasap sikit, saya masukkan hirisan ayam rebus tadi, cendawan dan daun sup. Anda nak letak apa-apa selain 3 bahan tadi pun okey. Ikut citarasa masing-masing. Bila dah siap masukkan sup tadi ke dalam mangku. Wah! siap untuk dinikmati. 

Makan sup panas-panas ini boleh meningkatkan selera makan lagi. Dan khasnya untuk orang demam boleh hilangkan kebah. Selamat mencuba!


Bertambah-tambah ke HATI

https://c.lazada.com.my/t/c.17iEjl



Comments

Popular Posts