Resepi Roti Pizahut dan ayam buttermilk
Iftar 11 Ramadhan ini saya ada plan nak menyediakan menu roti pizza dan ayam masak buttermilk. Orang dalam rumah ini pun ada request dua menu tu. Jadi saya beli chedar cheese dengan butter kat kedai.
Roti pizza ni senang je buatnya cuma api jangan terlalu kuat takut bawah roti tu hangus. Ini sebab rumah saya tiada oven/microwave nak bakar roti. Jadi saya bakar roti dalam kuali pan saya je. Apapun menjadi je rupanya. cuma kena sabar sikit nak masakkan chedar tu sebab guna api yang perlahan.
Bahan-bahan saya guna untuk masak roti pizza adalah:-
1. Lada bangala hijau/merah/kuning (potong nipis dan kecil2)
2.Sos Cili
3.Serbuk oregano (kita pakai sikit je takut pahit)
4.Serbuk lada hitam
5.1 keping cheedar cheese (tak kisahlah anda nak pakai keju macam mana, asalkan cheese)
6.Ayam yang sudah direbus/hotdog (ikut kegemaran anda)/ saya guna ayam dan rebus dulu lepas tu carik2kan
7. cendawan
8.Pes tomato
9.Mayonis
Cara membuatnya:-
1.Sapukan pes tomato atas roti. penuhkan.
2. kemudian letak cendawan, ayam/hotdog dan lada bengala.
3.letakkan mayonis, lada hitam, serbuk origano dan sos cili
4.Akhir sekali saya letak cheese.
5.selesai siap roti pizza tu, panas kan dalam kuali pan/oven dan tutup dalam 20 minit.
6.Sudah boleh dihidangkan bersama keluarga.
Bertambah-tambah ke HATI
https://c.lazada.com.my/t/c.17iEjl
Resepi kedua pula adalah pilihan dari kami sekeluarga. Lama rasanya tak makan ayam masak buttermilk. Masa puasa ini mulalah perut nak mengidam macam2, jadi masak sajalah.
Selepas itu kita masakkan buttermilk untuk ayam pula. Letak dua sudu butter/majerin. Apabila butter/majerin sudah cair, saya campakkan hirisan bawang putih, beberapa daun kari, potongan cili api ke atas kuali leper. Dah naik bau, saya masukkan susu cair (xkisah jenama apapun). Kita gaulkan dengan api perlahan. Agak2 kuah dah pekat sikit tu, saya letakkan dua chedar cheese dan gaulkan sebati. Letak sedikit serbuk perasa. Akhir sekali masukkan ayam goreng tadi ke dalam kuali. Nah! baunya pun dah sedap. Sedia untuk dihidangkan...
Comments
Post a Comment