TEXAS CHICKEN NEW GLAZED HERB & GARLIC


Dua kali berturut-turut Author buat pesanan dari Aplikasi Grab untuk membeli Texas Chicken. Author memang penggemar Texas Chicken. Since Texas Chicken ini sudah ada di Sungai Buloh, Jadi Author memang rajin beli Texas Chicken apatah lagi kalau Texas Chicken buat keluaran menu baru. Rasa keluaran Texas Chicken perasa GLAZED HERB & GARLIC kali ini memang kena dengan tekak dan citarasa. Memang padu la. Author bagi 10/10.



Author beli ini 5 ketul ayam. Memang besar-besar ayam dia, rasa berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Dengan pembelian berharga RM39. 90 anda akan memiliki 5 ketul ayam, 1 mashed potato, 2 air dan 2 biskut. Rasa ayam dia macam manis-manis sikit, ada rasa GARLIC dan herba-herba yang lain. Boleh dikatakan, herba dia tiadalah kuat mana. Boleh lagi diterima. 


Author suka 2 ketul biskut ini. Ya Allah memang sedap ya ampun. Rasa manis-manis bawang putih dan beberapa herba memang sedap sangat-sangat. Kalau dulu Texas Chicken ada buat keluaran cokelat Cookies tu, tapi yang keluaran ini memang gabungan yang sesuai. Makan satu pun sudah kenyang sebab dia macam roti-roti sedikit.



Mashed potato Texas Chicken ini memang tidak kedekut. Dia memang bagi yang besar punya. Boleh dikongsi untuk dua orang pun boleh sebab ini sekali set 5 ketul ayam. Cuma kalau nak tambah coselow boleh order ataupun addons saja. 

Pesanan Texas Chicken boleh dibuat melalui aplikasi Grab dan setakat ini Grab memberikan 50 peratus diskaun dengan menggunakan promo code HOTDEALS. 


Dia atas talian Aplikasi Grab ada offer 20%Off GLAZED HERB & GARLIC CHICKEN. Memang berbaloi dan jimat duit poket. Kenyang pun kenyang. 



Tekan sahaja menu, dan anda boleh melihat kesemua menu penuh berserta harganya sekali. 

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba! 😘



Comments

Popular Posts