ME TIME AFTER BUSY 😎

Di waktu hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk merehatkan minda dan fizikal dari bebanan kerja-kerja yang tidak pernah habis. Jadi tidak lain dah tidak bukan Author meluangkan masa pergi ke Secret Recipe, tempat favourite sendiri. Beberapa slice cake dan Cappuccino menjadi peneman di kala ini. 



Bersama Hokkaido Triple Cheese Cake Choclate dan Choclate moist Cake menjadi peneman setia Author. Secret Recipe terkenal dengan kualiti cake yang sangat menepati kehendak pelanggan bersama intipati dari bahan cheese menambahkan kek tersebut tampak sedap dan mahal. Tetapi jangan terlalu makan berlebihan takut cepat muak. 


Author akan pilih Cappuccino Hot kalau pergi ke Secret Recipe. Pilihan menu air yang dikatakan wajib. Hazelnut Latte pun tidak kurang hebatnya. Well, citarasa setiap insan sentiasa berlainan. Bersama muffin beef blackpepper menjanjikan lagi citarasa Author. Author mendapat tahu dari pelayan tadi yang Muffin tu ada tinggal satu itu saja, kalau nak banyak memang tiada. Tidak terkilan maka Author pun setuju saja masa tu. Merasa keenakan 1 Muffin pun sudah cukup memadai. Bila mencuba sepotong Muffin tu, memang sedap sangat. Kena dengan selera yang tengah mendahagakan hidangan sampingan yang kecil-kecil. 

Kemain gambar candid tidak seberapa nak jadi yang dirakam. Jadi check list untuk membahagiakan diri tercapai hendaknya. Membeli kek sudah menjadi satu terapi diri selain dari shopping sana sini. Eh, Author bukan jenis melabur sahaja duit di sana sini. Tetap akan ada simpanan di kemudian hari. 

Author belanja satu keping gambar. Al maklumlah blog sudah lama tiada update. Sekian @moniralily ♥️





Comments

Popular Posts