KGB BURGER BESAR
Malas nak keluar ofis untuk cari makanan Tengahari, Author pesan saja dari Aplikasi Grab. Belek punya belek, hati rasa nak cuba burger famous dari KGB yang dikatakan besar dan kenyang sampai ke malam. Memang patutlah harga dia dari RM20 ke atas sebab burger dia besar dan sedap. Daging dia pun memang lembut saja bila dikunyah.
Ni Author order Animal Style Set Meal (beef) Rm25. 86. Masa ini ada promo code 20% diskaun tau. Kira jimat la juga. Untuk set combo ini, Author dapat satu air free lemonade homemade dari KGB dan fries. Ada beberapa yang Author add ons contohnya Author beli chicken salted egg dengan onion ring.
Nampak tak, ada 2 box sederhana besar. Jangan terkejut sebab Author bukan order 2 burger ya. Satu box tu ada burger dan satu lagi box adalah chicken salted egg. Tak tahu kenapa nak makan banyak-banyak ini. Mungkin stress sangat la kut 😁.
Bila dah sampai depan mata itu, apa lagi bau dulu dan wauuu nampak besar betul burger dia. Memang kenyang betul ini sampai ke petang. Untuk KGB burger dia akan ada cop nama company dekat atas roti.
Kentang dia sedap dan rangup. Bila abang grab bagi beg kertas tu masih panas-panas lagi. Sebab baru masak. Apa-apapun Author rasa berpuas hati kerana berbaloi dengan duit yang di laburkan.
Sempat lagi nak tunjuk box dia yang comel ini. Okey, baru tahu KGB is stand form Killer Gourmet Burger.
Okey inilah dia kotak satu lagu untuk chicken salted egg.
Inilah dia chicken salted egg tu, ada enam ketul. Berbaloi tau. Ayam dia bagi tiadalah kecil tapi berpuas hati la. Ada rasa salted egg dia tu.
Overall, Author berpuas hati. 10/10 bintang. Lain masa, Author order lagi.
Comments
Post a Comment