GIFTING SEASON NIVEA

 


GUARDIAN ada buat sales dan gift gempak bulan 12 ni. Nak-nak pula nak dekat XMAS. Pelbagai jenama tlh menjadi pilihan Guardian untuk berikan hadiah kepada semua pembeli 2x.


Macam Author, tadi beli barang-barang produk Nivea bernilai Rm30.00. So, bila dah sampai kaunter tu, cakaplah dekat Cashier tu, ada stock seramic MUG Doremon lagi tak. Sebab biasa the exclusive MUG ni cepat habis kan? Nasib baik Cashier tu kata, Ada. Dia pula cakap "kak ambil lagi barang Rm8. 00 produk Nivea dah cukup Rm30. 00 dan boleh dapat free MUG". Dalam hati wah berbunga2x haha, even dalam hati eh, nak simpan duit ni. Dah terlebih berbelanja la pula dari simpanan. Tapi nak gift punya pasal, ha ambik... Beli juga 😂😂😂. Nasib lah jadi perempuan ni, semua nafsu ada. 😁.




So, Author belikan satu lotion badan untuk mak Author. Satu lagi, pembersih solekan wipe. Sebab nivea Micellair skin breathe ni memang recommend untuk kau orang yang nak bersihkan sisa2x solekan sebelum nak ke solat. Bau dia ya Allah wangi sangat. Bauan Rose kan. Author beli ni dalam RM21. 00. 

Cawan dia sangat comel dan besar 😍. Author suka sangat. Boleh bawak ke pejabat nanti untuk minum Coffee pagi-pagi ☕. Sebelum ini pun, Author ada bawa satu MUG free gift dari Kit Kat, lepas tu hilang sudah ke mana 🤣. Ke Author dah sedekah dekat orang lain. Siapa yang dapat itu bertuah la ya. 

Nampak tak, kalau dilihat bekas kotak ceramic MUG ini besar gila. Kalau tengok dalam katalog guardian macam kecil. Sekali bila Cashier tu tunjuk, wauuuuu besar. Hendak bagi hadiah dekat kawan-kawan pun berbaloi tau 😍. 

 
Comel kan senyuman Doremon ni. Bila kita nak minum pun asyik tersenyum saja. Kalau bagi dekat budak-budak ini suka sangat mereka. Baru Author tahu, ini adalah sempena ke 50 tahun of smiles Doremon. Wah-wah..... 


Dekat gambar di bawah, ada 3 jenis MUG senyuman Doremon. Boleh susun koleksi kepada siapa peminat-peminat Doremon. Anda tentunya berpuas hati dan pulang dengan dendangan riang. Sesiapa saja yang pandang pasti akan teruja memilikinya. 


Untuk pengetahuan anda semua, harga yang ditawarkan oleh Guardian bermula pada 4 Disember hingga 3 January 2020. Jadi siapa yang nak grab banyak gift, boleh beli sekarang, takut habis. 




Bukan setakat produk Nivea saja buat promosi, produk lain-lain pun ada. Nivea pun ada bagi grab food voucher RM5. 00 dengan setiap pembelian barangan nivea Rm40. 00 ke atas. 

Jom apa tunggu lagi!!! 






Comments

Popular Posts