RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG LEMBUT DAN RANGGUP

 



Nak tau rahsia sotong kekal lembut, garing dan tak tertanggal tepung dengan sotong, wajib baca di dalam entri ini. Sotong celup tepung susah nak cari yang fresh from the ocean. Selalu kalau beli mesti rasa tidak berbaloi dan puas hati kan? Lebih-lebih lagi sekarang harga sotong memang mahal sikit. Tapi walaupun mahal, dapat puaskan tekak ini. Biar mahal asalkan berbaloi. Nak goreng banyak mana pun tak kisah. Betul?

Untuk perapan sotong. Saya guna tepung jagung dan serbuk bestari. Nak tambah lada hitam pun boleh. Kita pelbagaikan. Tambah dua sudu air suam. Gaulkan dan Saya biarkan seketika. Sebelum nak perap tu, kita mesti basuh bersih-bersih, buangkan segala kekotoran di dalam tu. 

Sediakan 2 telur kacau di dalam mangkuk. Bila sotong dah perap, kita golekkan betul-betul/sepenuhnya di dalam salutan telur. Selepas itu, salutkan bersama serbuk bestari. Anda nak guna serbuk goreng ayam jenama lain pun okey saja. Golekkan sotong sepenuhnya jangan bagi lompang. 

Panaskan kuali dan minyak. Api agak perlahan saja. Masukkan sotong-sotong tadi yang telah disalut bersama tepung bestari ke dalam kuali. Masa di dalam kuali, kita boleh nampak tepung salutan tadi tak tertanggal dengan sotong. Kalau sudah kekuningan anda sudah boleh angkat dan toskan.

Boleh dihiasi dengan daun sup/kucai, hirisan cili api merah/hijau. Boleh disajikan bersama salad.

Ringkas dan cepat. Selamat mencuba. 

Comments

Popular Posts