KOPI MENARIK DI PASAR SENI
Jumaat lepas saya dan seorang kawan memang mencari kedai makanan sementara waktu lunch agak lama. Perut pun lapar dan dahaga. Saya nak cari air kopi Yang viral serata tempat kerja saya. Jalan depan selepas Petaling Street tu saya dengan kawan saya ternampak kedai kopi. Sebelah kedai kopi tu, Mee Tarik Yang diberitahu memang viral kat Instagram.
Air kopi signature dia memang padu setaraf kopi Saigon gitu. Ada lemak2 dan rasa kopi amat serasi kena dengan tekak. Tak berapa kuat sangat tapi tangkap syahdu!
Sempat snap menu makanan dan minuman Yang disediakan.
Yang atas ini, air kopi signature dalam kedai ini.
Makan signature recommended saya pilih Yang tom yam sup with rice. Rasa macam ala thai dan boleh la untuk Yang nak alas perut. Bagi saya overall okey saja.
Next time kita rasa myhub tiga rasa pula.
Comments
Post a Comment