NASI AYAM

 


Nasi ayam menjadi kegemaran kami sekeluarga. Gambar ini memang dah lama, tapi tak sempat nak buat entri dalam blog. Baru berkesempatan nak buat hari ini. 

Macam biasa, saya menggunakan satu sudu besar planta ke dalam periuk. Cairkan dan masukkan 2 bunga lawang, 1 kulit kayu manis, dua daun pandan, beberapa hirisan ayam, hirisan bawang merah dan bawang putih. Masakkan sehingga naik bau. Selepas itu, saya masukkan 3 cawan air rebusan ayam. Letakkan sedikit serbuk kiub pati ayam dan sedikit serbuk kunyit. Tambahkan lagi sedikit garam/serbuk perasa. kemudian, Masukkan beras yang telah dibasuh. Masak seperti kita masak nasi putih. Bila dah tanak, boleh masukkan bawang goreng dan kismis. Nak letak gajus pun boleh.






Bila masak bersama nasi ayam, saya suka masak ayam goreng penyet. Resepi ayam penyet saya ada letak dalam entri sebelum ini. NASI AYAM PENYET YANG MUDAH (moniralily.blogspot.com)


Aduhai sedap betul masakan kali ini. Ajom kita try!!! ☺☺☺☺





Comments

Popular Posts