RESEPI BENDI SAMBAL

 



Pening dah kan tak tahu nak masak apa dengan sayur bendi ini. Asyik goreng aje, bosan pula. So, saya buat menu ala-ala bendi Chinese style gituw. 

Pertama sekali, saya celur bendi bersama sedikit minyak supaya warna bendi nampak segar selepas diangkat. Jangan terlalu Lama nanti sayur jadi lembik, xsedap nak makan. Celur2 macam tu saja. Angkat dan sejukkan di atas pinggan.

Untuk membuat sambal, saya kisarkan cili kering ke dalam blender. Cili kering tu tidak perlu direbus tau. Kisar macam chili flakes tu. Tumbuk 2 bawang merah dan putih. Kemudian, masukkan bawang2 tadi yang telah ditumbuk ke dalam kuali. Naik bau, masukkan cili kering Yang telah dikisar tadi. Menggunakan api perlahan, saya masukkan sedikit sahaja air dan minyak, gaulkan sebati. Masa ini kita biarkan cili kering tu dimasak Lama. Agak2 cili dah pekat tu, letakkan sedikit gula dan garam. 

Kemudian tuangkan sambal tadi ke atas bendi Yang telah direbus tadi ke atas pinggan. Nah, siap untuk dijamah bersama nasi panas-panas.

Selamat mencuba!!

Comments

Popular Posts