Bulan Februari terlalu banyak sangat kenduri & harijadi yang nak kena raikan. Mana yang tidak dapat attend tu, kena bagi hadiah kahwin la. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada teman baik zaman seuniversiti dulu (Ain Zaharah). Semoga berbahagia hingga ke Jannah Amin.
Nak dijadikan cerita, tanggal 4 Feb lepas sambut Birthday my sister di Jardin Coffee & Tea, Nu Sentral. Memandangkan masing-masing kerja, jadi jumpa saja dekat situ. Ini dah kali kedua makan n ngopi dekat cafe cantik ini. ruang yang selesa dan indah sangat. saya sempat juga puji set pinggan dia yang amat cantik gitu. Ha, mulalah hati ini terdetik nak beli kat Lazada.
Masa ini my sister tolong tangkapkan gambar. kami pesan air capucino panas, air apatah lagi satu tak ingat (hahaha) & spageti aglio olio yang rasanya boleh tahan pedas ya ampun. pedas-pedas pun sedap juga sebab lapar kan hehehe... btw tangkiu sistur sebab belanja. Harga dia pun mur-mur sahaja & portion makanan dia pun banyak. so kenyang la sampai ke petang.
Memang sangat recommended siapa yang nak luangkan masa buat kerja ofis ke, lepak2x dengan kawan-kawan ke. sebab suasananya tenang & tak bising pun.
Ini hasil tangkapan saya guna GooglePixel punya phone. saya suka phone dia sebab kameranya sangat la cantik. Memang sharp sangat gambar dia.
Hasil kedua dari kamera GooglePixel 2. sangat cantik & lepas ni nak cuba pulak tangkap gambar versi lain pula.
Btw, sempena Birthday my sister, saya ada hadiahkan dia satu bakul bunga ini dari
BloomThis | Best Online Florist in Malaysia sebab florist ini ada slot masa pagi & petang. kalau nak jumpa Florist lain memang susah nak tetapkan slot waktu. Biasa ada slot tarikh saja kan. So decide beli je yang mur-mur hahaha.. pakai code promoe 10%. Memang jimat habisla. Cas penghantaran ke KL & Selangor pun percuma saja.
Memang sangat berpuas hati sebab my sister dah dapat bunga ni dalam pukul 10 pagi. Bunga dia pun memang tampak segar & wangi. Tengoklah siapa yang belikan 😆. Happy sungguh dia na bila dapat bunga. Hope u got happy la ye. May Allah blessing u always!
Sekian dari tinta saya. Hope saya pun kena lebih rajin menukang & update blog yang dah bersawang ini. Nak buat content apa tak tau la.
Comments
Post a Comment