Resepi Rendang Ayam Sedap dan Mudah, Kuah Pekat Berkerisik
Kalau sebut lauk wajib yang selalu buat orang tambah nasi, memang Rendang Ayam antara menu paling digemari ramai. Rendang ayam bukan saja sesuai waktu raya, malah sedap dimasak untuk makan hari biasa sebab kuah dia pekat, pedas dan penuh rasa rempah.
Resepi ni menggunakan bahan yang mudah dan memang sesuai untuk yang suka rendang jenis berkerisik, sedikit pedas dan berminyak cantik. Lagi lama dimasak, lagi sedap rasa dia sebab rempah dan santan sebati masuk dalam isi ayam.
Bahan-bahan Rendang Ayam
1 ekor ayam dipotong kecil
4–5 sudu besar cili blend
2 biji Cili Merah
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu besar Ketumbar
4 sudu besar Kerisik
1 kotak Santan
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis
Cara-cara Memasak Rendang Ayam
Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah sehingga halus. Bahan kisar ni akan jadi asas utama untuk bagi rendang lebih wangi dan sedap.
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan cili blend dan kacau perlahan-lahan sehingga pecah minyak. Bahagian ni penting supaya rendang tahan lebih lama dan rasa cili betul-betul masak.
Selepas itu masukkan ketumbar dan kacau lagi sehingga rempah sebati. Bau dia memang terus naik satu dapur 😆
Masukkan ayam dan gaul rata sampai semua isi ayam bersalut dengan sambal rendang.
Tuang santan sedikit demi sedikit sambil terus mengacau supaya kuah tak pecah minyak terlalu cepat.
Bila ayam mula empuk, masukkan kerisik. Kerisik inilah yang buat rendang jadi lebih lemak, pekat dan beraroma.
Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut citarasa masing-masing.
Masak rendang menggunakan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan keluar minyak merah di bahagian tepi. Lagi lama dimasak, lagi cantik warna dan rasa rendang.
Petua Rendang Lagi Sedap
Gunakan api perlahan supaya santan dan rempah masak sekata.
Lagi banyak kerisik, lagi pekat dan wangi rendang.
Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi semasa akhir memasak.
Rendang lagi sedap selepas dipanaskan semula sebab rempah lebih meresap.
Sesuai Dimakan Dengan
Nasi Putih panas
Lemang
Ketupat
Sambal Belacan
Ikan Masin goreng
Rendang ayam ni memang jenis lauk yang bila dah mula makan, susah nak berhenti. Kuah pekat berempah dengan ayam lembut memang kombinasi paling ngam untuk hidangan keluarga 😊



Comments
Post a Comment