RESEPI NASI AYAM SIMPLE MUDAH SENANG RINGKAS

 


Kali ini saya akan kongsikan resepi penuh nasi ayam bersama sup ayam, nasi ayam, ayam goreng, sos kicap dan sambalnya sekali. Sebab sebelum ini saya ada post resepi nasi ayam sahaja. Ok kali ini resepinya ada sedikit berbeza tetapi mempunyai rasa yang amat sama dan yang penting ada rasa ayam. 

1. NASI AYAM 

bahan- bahan:- 

1. 4 helai daun pandan

2. 2 inci halia * dikisar halus

3. 4 bawang putih *dikisar halus

4. 4 batang serai *ditumbuk 3 kali saja

5. 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih) 

6. Stock ayam* saya guna brand bestari. Rasanya pun sedap. (3 sudu) 

7. Air rebusan ayam *rebuskan ayam dulu bersama bahan tumbuk (halia dan bawang putih) 

8. 3 sudu besar mentega/butter

9. Sedikit kunyit untuk mewarnakan nasi ayam



.....................................................................

Cara memasak:-

1. Panaskan butter/majerin. Selepas sudah cair dan naik bau,  tuangkan bahan yang telah siap dikisar. Saya ada letakkan star di atas mana bahan nak dikisar. Kemudian, masABC

an daun pandan, serai, bunga lawang, kulit kayu manis dan cengkih. Masa ni kita dah dapat hidu bau yang sangat wangi. Masuk sedikit serbuk kunyit. Saya tiada pewarna kuning. Tambah sikit stok pati ayam. 



2. Selepas itu masukkan beras * saya guna 2 cawan besar beras. Dan masukkan air rebusan ayam dalam 2 mangkuk besar. Kena balance beras dan air rebusan ayam. Ikut jenis beras. 

3. Bila nasi dah kering, tutup dengan penutup periuk. Dan kecilkan api. 


2. AYAM GORENG ROASTED ABC

Bahan-Bahan:-

1. Kicap ABC (kicap pekat) 

2. kicap cair (kicap ababi) 

3. Sos Tiram

4. Madu

5. Ayam yang telah direbus bersama air hali dan bawang putih *Tak perlu rebus lama. 

Cara memasaknya:

1. Apabila ayam dah rebus, kita angkat dan keringkan seketika. Kemudian boleh perap bersama kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan madu. 

2. Nak sedap saya biarkan ayam perap dulu selama beberapa minit, kemudian tapis dan keringkan seketika, selepas itu boleh goreng di dalam minyak yang panas dan penuh dalam kuali. Jadi kita boleh nampak kulit ayam tu berkilat. 

3. Nak ayam lebih berkilat, saya sapukan dengan madu di atas kulit ayam. 



3. SUP AYAM

Bahan-Bahan: 

1. Air rebusan ayam tadi

2. Bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk halus. 

3. Lobak merah,  kentang *boleh masukkan sayur lain yang anda suka. 

4. Stok pati ayam *serbuk ayam bestari

5. Daun sup dipotong hias atas sup

Cara memasakknya

1. Air rebusan ayam kita jangan buang. Saya panaskan periuk lain, panaskan minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk. Naik bau saya tuang air rebusan ayam tadi. Dalam sup ini, saya ada lebihan ayam tadi yang dah masak masa rebusan tadi. Masukkan saja. Biarkan sup berbuih.  Tambah serbuk perasa. Dan saya tambah sedikit stok pati ayam. 

2. Boleh masukkan lobak merah dan kentang. Jadi kita dah boleh tutup dengan penutup periuk. 

3. Bila sudah siap, hiaskan bersama daun sup. 

Comments

Popular Posts