CARA BUAT SAMBAL IKAN BILIS VERSI NASI LEMAK PUNYE
Di sini saya kepilkan resepi sambal ikan bilis versi saya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-Dua mangkuk kecil ikan bilis
-1 bekas kecil cili kering yang telah dikisar *pastikan ianya dikisar halus dan tapis biji cili.
-5 bawang merah kecil *lagi banyak lagi sedap
-1 biji bawang putih
-4 sudu besar gula merah
-6 sudu besar gula pasir
-beberapa belacan
-Sos cili
Bila bahan-bahan sudah siap, kita lihat pula cara memasaknya macam mana:
1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi (cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan) ke dalam kuali. Biar sampai pecah minyak. Api perlahan sahaja.
2. Kemudian masukkan 2 sudu sos cili, serbuk perasa, gula merah dan gula pasir. Cara masak cili ini agak lama sebab biar rasanya sedap. Kalau dah pekat dan cili itu nampak melekat, kita boleh angkat dan gaulkam bersama ikan bilis yang telah digoreng ranggup.
3. Boleh makan bersama dengan nasi, nasi himpit, roti dan lontong. Makan begitu sahaja pun boleh. kalau ada lebih kita boleh sejukkan dalam peti ais biar agak lama.
-Selamat Mencuba...
Comments
Post a Comment