IKAN MASAK SAMBAL DAUN KARI DAN VITAMIN DEFENSA D

Sudah lama rasanya tidak bersiaran di dalam blog ini. Disebabkan kekangan masa dan faktor kesihatan menyebabkan saya malas nak menaip. Nasib baik hari ini ada mood yang baik dan rajin untuk menyiarkan kembali menu-menu masakan yang telah saya buat beberapa bulan yang lepas. Maklumlah penyakit malas saya ini semakin membukit sahaja. 

Nak dijadikan cerita, bermulanya bulan Februari saya mengalami demam teruk dan saya terpaksa ambil cuti sakit selama 3 hari. Tetapi cuti sakit 3 hari itu masih tidak memadai sekiranya badan saya masih seram sejuk, batuk-batuk dan pernafasan yang agak laju. saya anggarkan seminggu lebih saya dapat recovery semula. Bermacam-macam ubat dan petua untuk menghilangkan batuk saya tetapi semuanya gagal. Akhirnya saya dapat jumpa penawar bagi hilangkan batuk dengan hanya makan aiskrim vanila. Bila diimbaukan kembali semasa saya sakit tu memang dashyat sangat. Saya memang lama tak kena demam panas ini. Tetapi walaupun demam sewaktu ketika dulu, saya boleh lagi berdiri, bangun dan demam tidaklah ambil masa yang lama untuk sembuh. Tetapi kali ini, saya tumbang. Bermula dengan tidak boleh tidur, sakit tekak lama-kelamaan saya alami demam panas, pening kepala, batuk, sepanjang malam saya tidak dapat tidur (kalau tidur pun beberapa minit sambil duduk sahaja) sbb kalau saya baring, batuk saya semakin menjadi-jadi, ulser pada lidah yang tak mampu saya nak telan ubat antibotik yang besar tu, alami loya dan muntah, saya juga mengalami pembuangan najis yang agak sukar, selera makan pun lagilah tiada. nak menangis masa tu. Pada hari berikutnya, saya terpaksa ambil mc sebab badan masih rasa seram sejuk, kalau duduk office pun lagi sejuk membeku dengan batuknya yang tak baik-baik. Masa ini pernafasan saya agak laju, jumpa doc pun masa tu, jantung saya tak seberapa okey mungkin sebab demam dan batuk teruk. Saya ambil mc masa hari jumaat sebab nak checkup untuk blood & covid test, alhamdulilah ujian negative. Doc yang masa tu ada pun memang demam. Mungkin musim orang demam masa itu. 

Beberapa hari yang lepas alami demam panas, batuk pula masih teruk sampaikan nak jalan je asyik sesak nafas. Memang perit sesangat tak tahu nak jelaskan macam mana. Saya tak boleh nak jalan, lari dan turun naik tangga sebab mesti sesak nafas sampai rasa nak muntah. tercunggap-cunggap masa itu minta oksigen.

Saya pergi ke big pharmacy di sungai buloh BIG Pharmacy Sungai Buloh - Google Maps. Kalau pergi ke pharmcy sini memang tak sah kalau tak sampai seratus tetapi berbaloi kerana khidmat ahli farmasi memang bagus. Akhirnya saya beli dua ubat iaitu ubat batuk New Lian Hua Qing Wen Granule jenis larut dalam air. Ada 6 sachet untuk dihabiskan. Disyorkan minum semasa hendak tidur. Baunya macam bau akar kayu sebab ianya adalah herba cina. Bagi saya pula herba dia manis tapi agak sukar nak telan tetapi demi kesihatan minum sahajalah. Boleh beli di Original WHP New Lian Hua Qing Wen Granule 正品新连花清瘟颗粒 APPROVED BY KKM/NPRA | Shopee Malaysia. Ada kelulusan KKM. Harga RM 48 macam itu. 

Ubat kedua pula adalah Defensa vitamin D sejenis vitamin sayuran yang memberikan antibodi yang kuat dan menghalang sebarang jangkitan pada tubuh. ada 60 capsules. Boleh tahan selama 2 bulan setengah. Saya ambil 1 kali sehari biasanya selepas sarapan. Mahal sikit tetapi mujarab, RM 93. Kalau saya rasa nak demam saya terus telan satu biji. Terjadinya demam itu bila raya ketiga, dah start sakit tekak, pening dan panas badan. Paksa juga telan, alhamdulilah dapat recovery sebab saya tak mahu MC. Defensa 300MG X 60S | Big Pharmacy Saya pun ada belikan mak saya satu botol biar kasi badan sihat tanpa selsema. Kadang-kadang kita pun tak nak penyakit lain datang, Tetapi dia dah datang adalah satu ujian buat kita. https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-2625223861016109




Itulah ceritanya. Hari ini alhamdulilah badan pun sihat dapat buat content. Saya masak simple sahaja. Ikan masak sambal daun kari, ikan tilapia goreng dan terung berlado tapi versi tak pedas. Makan makanan macam ini tanpa sedar sudah dua pinggan ya. 



Bahan-bahan dia senang sahaja, saya tumbuk bawang putih dan merah, dua batang daun kari sebab nak kan aromanya dan hirisan bawang besar. Selesai tumbuk bawang putih dan merah, saya masukkan daun kari biar lama sikit kasi masak. Selepas itu, tuangkan 3 sudu besar cili kisar. Perasakan sedikit gula dan garam. Kemudian masukkan hirisan bawang merah. Gaulkan dan tutup api.


Tara.... Dah siap dan boleh makan bersama nasi panas-panas. Love sangat!!! 👄👄👄


Comments

Popular Posts