Healing Bersama GiGi Coffee




Teringin rasanya nak healing coffee2 ni di overseas acah2 happy sangat. Terlebih happy kalau dapat Bersama dengan insan tersayang 🥰 tak gituw. Memang berangan tak kesudah ye. Kekasih hati pun belum ada lagi nak fikir sampai jauh2 ni kenapa 😁. 

Menu dan air yang dipaparkan di kedai memang standard macam zus coffee. Semenjak GiGi coffee ni membuka cawangan di SB Mall memang senang nak order melalui aplikasi Grab dan Food Panda Menu - Gigi Coffee tengok la senarai air yang ada di GIGI Coffee memang sedap. Saya pilih air chocolate 🍫 sesuai dengan cuaca panas terik sekarang. Malas nak buat air kopi as usually. 


Order satu air pun sanggup rider nak hantarkan okey😆 siapa kata buat penat rider je? Saya bagi tips okey. Biasa kalau order melalui aplikasi Grab, dia akan dapat diskaun Tau dalam 10% macam tue based on selected kedai sahaja.  Tapi nak order side dish macam kek xavailable kat menu. So kita order air sahaja Bersama roti Gardenia coklat kismis. Kata nak healing kan sebab besok dah start kerja..

Teringatlah zaman dulu2, mana ada aplikasi Grab dan Food Panda ni. Kalau nak order air pun kena pergi terus ke kedai. Dulu2 tak ada tealive, coolblog, zus semua2 ni. Kalau nak healing dengan kawan2 pun buat air kopi hangtuah malam2 sambil dengar jiran sebelah petik gitar. Gituw😀 mengamit memori sangat. Tu zaman belajar la. Sampai boleh hidu ya air kopi Dari jiran sebelah. Tapi mama je berjiran, tengok muka pun xpernah😅. 

Apalah yang membebel sangat ni. Petang2 ni tiada menu masakan nak kongsi. Just healing2 gituw. Apapun terima kasih sudi singgah di blog kecil ini. Blog ni sudah lama tubuh since 2013 start masa saya belajar dulu until now masih upgrade blog ni supaya dapat tersiar semua2 entri dalam google. Tapi sekarang sedih kenapa entri saya yang lain2 xdisiarkan😐. Oh google kenapalah issue ni berlaku. Tak mengapalah, akan ku usahakan lagi. Bye semua2 ♥️. 

Comments

Popular Posts