Skip to main content
Wattpad View & Read
Buat julung kalinya saya membuat novel di online sahaja sempena PKP ini. Novel E-Online kini di publish di Wattpad. Novel E-Online merangkumi 58 Episod. Jimat duit dan masa. Boleh dibaca Bila-bila masa sahaja tanpa mengeluarkan sesen pun duit anda.
.
.
.
Ini kisah antara Zaim dan Maisarah Syifa. Mereka pernah putus tunang angkara fitnah dan dendam Maizurah. Tetapi, tekad Zaim hanya satu setelah pulang dari Amerika iaitu untuk memperisterikan Maisarah Syifa. Setelah mereka berkahwin, begitu banyak badai menimpa sehingga salah seorang terlibat dalam mangsa pembunuhan yang meragut emosi dan trauma. Benarlah kata orang "setiap perkahwinan ada pasang surutnya". Big things awaits behind sebalik lafaz "aku terima nikahnya". Tanggungjawab itu bukannya terletak pada si suami tetapi juga pada si isteri.
.
.
Kini mereka cuba mengecapi kebahagian tanpa anasir jahat yang datang dari Maizurah, Lokman dan Farhan. Tiga orang itu "mahluk perosak" bagi pasangan suami isteri itu.
Zaim- "Nampaknya Syifa masih tak dapat lupakan perkara yang lepas? Biarpun tiga tahun berlalu? Emmm?" Soalan demi soalan menyinggah ke telinga Syifa.
.
.
Maisarah Syifa- "Abang...Bagi Syifa masa nak maafkan kesilapan abang yang lama."
.
.
Maizurah- "Aku tak kira kau kena teman aku aku jugak lunch nanti. Lagipun kita dah lama tak lepak sama-sama sejak kau kahwin!" Sinis Maizurah berkata. Ah! Peduli apa dia dengan 'title' suami orang?
.
.
Lokman- "Kalau kahwin pun boleh cerai, apatah lagi..."
.
.
Maisarah Syifa- "Shup up! Awak sedar tak apa yang awak cakap ini?!" Lokman sudah gila ke mahu dia dengan Zaim bercerai?
.
.
Farhan- "Kau tak sedar yang isteri kau tu, aku dah sentuh dulu sebelum kau! Kau ingat, malam itu aku tak nampak semuanya? Walaupun tak sempat, aku dapatlah tengok rambut dia, badan dia... dan..." ketawanya mengekeh. Dia tak akan lupakan kecantikan semulajadi perempuan itu.
Sungguh manis!
.
.
Ya! Itu yang terjadi. Kisah yang menambah perasa bagi pasangan muda itu. Jika ada kekuatan di antara mereka, pasti sinar kebahagian buat mereka.
@moniralily
Comments
Post a Comment