Set Menu Kampung Simple Tapi Padu


Set Menu Kampung Simple Tapi Padu

Kadang-kadang menu paling simple lah yang paling buat kita tambah nasi 🍚

Hari ni aku masak menu kampung yang cukup lengkap — ada lauk berempah, sambal pedas, sayur hijau dan ikan goreng garing. Memang ngam makan ramai-ramai.

1. Daging Salai Masak Lemak

Daging salai masak lemak ni sebenarnya dah siap dimasak, jadi cuma panaskan semula atas dapur. Untuk bagi lagi sedap, boleh tambah sedikit cili api dan daun kunyit supaya kuah lebih berlemak dan wangi.

2. Kailan Tumis

Kailan ditumis ringkas bersama bawang putih, cili dan sos tiram. Simple je tapi bila makan dengan lauk lain memang balance. Sayur masih crunchy dan segar.

Bahan:

Kailan

ulas bawang putih

Cili merah / cili padi

Sos tiram

Garam dan sedikit gula

Cara Masak:

Tumis bawang putih hingga naik bau.

Masukkan cili.

Masukkan kailan dan gaul rata.

Tambah sos tiram dan sedikit air.

Masak sekejap sahaja supaya kailan kekal rangup.

3. Ayam Berempah

Ayam berempah memang menu wajib kalau nak meja makan nampak meriah. Perap dengan rempah secukup rasa dan goreng sampai garing.

Bahan:

Ayam

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Serbuk kari

Serbuk kunyit

Serbuk cili

Ketumbar serbuk

Garam

Sedikit gula

Tepung jagung atau tepung beras

Cara Masak:

Blend bawang merah, bawang putih dan halia.

Gaulkan bersama ayam dan semua serbuk rempah.

Perap selama 1 hingga 2 jam.

Goreng hingga garing dan masak sekata.

Tip: tambah daun kari masa goreng untuk bau lebih wangi.

4. Sambal Belacan

Menu kampung memang tak lengkap tanpa sambal belacan pedas-pedas masam.

Bahan:

Cili merah

Cili padi

Belacan bakar

Limau kasturi

Garam

Sedikit gula

Cara Penyediaan:

Tumbuk atau blend semua bahan.

Perahkan limau kasturi akhir sekali.

Siap untuk dihidang.

5. Ikan Goreng

Simple tapi memang pembuka selera. Gaul ikan dengan kunyit dan garam sebelum digoreng sampai garing.

Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah sedikit serbuk ketumbar dan tepung beras supaya lebih rangup.

Menu macam ni memang buat rasa tenang. Simple, mengenyangkan dan cukup rasa masakan rumah 🤍

Comments

Popular Posts