NASI AYAM PENYET RINGKAS DAN CEPAT

 

Berjaya juga siapkan menu hari ini iaitu nasi ayam penyet. Makan bersama seisi keluarga memang puas. Berikut adalah bahan-bahan penyedian. 
.
1. Sambal Penyet. 
.


Bahan-bahan:
1. Segenggam cili api hijau. Nak pedas boleh lebih. 
2. 3 cili besar merah
3. 1 cili besar hijau
4. 3 ulas bawang merah
5. Ikan bilis - digoreng dahulu. 
.
Cara memasak
.
1. Goreng dahulu cili api hijau, cili besar merah Dan hijau, bawang merah. Potong2 dahulu sebelum goreng supaya tak meletup cilinya. Ada baiknya masa goreng tu tutup dengan tudung periuk. 
2. Angkat Dan toskan. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam mesin pengisar. Kisar halus. Tambah air sikit nak bagi blend semua. Akhir, kita kisarkan ikan bilis Yang dah digoreng. Dah OK, kita tuangkan ke atas kuali yg kita pakai tadi. Perasakan dengan gula Dan garam. 

2. Ayam goreng 


Bahan-bahan:
1. 1 kg ayam 
2. 1 inchi halia* untuk rebus
3. 2 bawang putih *untuk rebus
4. 1 kecil kunyit. Nak pakai serbuk kunyit boleh
5. 1 sudu kecil ketumbar
6. 1 sudu kecil jintan manis
7 1 sudu kecil jintan putih
8. 1 inci halia
.
Cara memasak:
1. Rebus dahulu ayam bersama hirisan halia Dan bawang putih. Jangan terlalu Lama. Sekejap sahaja. Bila dah nampak ayam tu dah putih angkat Dan toskan. Air rebusan jangan dibuang. 
2. Kisarkan kunyit Dan halia Yang dah dipotong, jintan manis, putih Dan ketumbar. Dah blend habis, tuangkan ke atas ayam rebusan tadi. 
3.perap seketika. Saya perap 2 jam. Selepas dah perap, goreng ayam tu. 
.




3. Sup ayam simple ringkas berkhasiat




Bahan-bahan:

  1. Daun sup
  2. Daun ketumbar
  3. Ayam 
  4. Air rebusan tadi
  5. 1 inci halia
  6. 2 bawang merah
  7. 2 bawang putih
  8. Bunga lawang & kulit kayu manis
  9. Lobak merah
  10. Sosej koktail
  11. Cendawan
  12. Perencah pati ayam
.
Cara memasak:
1. Tumis halia, bawang merah, bawang putih Yang dah dihiris bersama bunga lawang, kulit kayu manis. 
2. Dah naik bau, tuangkan ayam Dan masukkan air rebusan ayam Yang kita guna tadi. 
3. Bila dah berbuih, masukkan lobak merah, cendawan, sosej koktail. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam. 
4. Akhir sekali saya masukkan hirisan daun ketumbar Dan daun sup. 
.
4. Nasi putih. 
Masak nasi putih macam biasa. 
.
5. Kicap saya guna brand machi. https://images.app.goo.gl/jyzV98ATp5m6BFv77


Sedia untuk dihidang. 

Comments

Popular Posts