SAMBAL PETAI IKAN BILIS

 



Hari ini saya akan kongsikan resepi simple iaitu sambal petai ikan bilis. Kerana bosan tak tahu nak makan apa tapi nak masa Yang simple2, boleh Cuba resepi ni. Makan bersama nasi panas2 pun sedap. 

Bahan-bahan: 

2 genggam ikan bilis

1 paket petai Yang telah dibuang kulit

4 cili besar *

2 bawang besar *

1 bawang putih *

10 biji cili api (boleh ambil sikit kalau tak suka pedas) *


Cara masak:

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Kena Lama baru ranggup. Bersama kuali Yang sama, bahan * Yang di tumbuk tadi, masukkan ke dalam kuali. Selepas itu masukkan petai tadi. Masak sampai naik bau, boleh masukkan perasa sedikit. Sangat mudah. Bila sambal tu dah pecah minyak tu, saya suka garing. Biar Lama sikit dalam kuali bersama api yg perlahan saja. Tutup api Dan tuangkan atas ikan bilis Yang kita dah goreng tadi. Wah, ringkas Dan sedap. Mari Cuba. 


Comments

Popular Posts