Cara mudah buat white coklat nestum Tak perlu guna oven

 


Lamanye saya tak update blog ni. Semalam buat resepi baru,  baru nak share kat dalam blog. 

.

Saya nak kongsikan resepi baru white coklat nestum. Mudah sahaja nak membuatnye. Tak renyah.  Nak beli bahan-bahan pun tak mahal sebab saya pick saje ape yang ada dalam kabinet dapur. 

.

Bahan-bahan:.

.

1.biskut munchy tengok sini :pbGUtZ3dzLXdpei1zZXJwIhNiaXNrdXQgbXVuY2h5cyBjaGlhKgIIADIGEAAYFhgeMgUQIRigATIFECEYoAEyBRAhGKABMgUQIRigAUjxQFC5BlirOXACeAGQAQCYAYkBoAGCBaoBAzAuNbgBAcgBAPgBAcICChAAGEcY1gQYsAPCAgoQABiABBjLARgKwgIIEAAYgAQYywHiAwQYACBBiAYBkAYI&sclient=mobile-gws-wiz-ser

2. 2 mangkuk kecil coklat putih bar/coin.  Saya guna brand Beryl's - white coklat compound. 

3. 4 sudu besar serbuk keladi. 

4. Serbuk nestum

.

Cara membuat:

1. Pertama nak buat lapisan bawah tu, saya tumbuk halus biskut munchy. Bila dah halus saya masukkan dalam bekas tuperware, tambah sedikit susu pekat manis. Gaulkan sampai semua serpihan biskut tu dah melekat dengan susu tu. Selepas itu tekan2 sebab nak buat lapisan bawah. 

.

2. Masakkan coklat putih secara double boiled. Pastikan periuk di bawah lebih kecil dari periuk di atas. Supaya wap air tidak keluar. Masa ini kena berlatih bersabar sebab nak masak coklat putih ini kena ambil masa yang lama sampai lah betul2 cair. Saya tambah sedikit minyak masak supaya senang nak gaul. Nak masak bar/coin jangan masuk banyak, kena masukkan sikit2. Selepas dah cair boleh la tambah serbuk keladi dan nestum. Nak tambah kekacang pun boleh. 




3. Dah sejuk tu, tuang je kat atas lapisan yang kita dah buat tadi (point 1). Masa ini coklat ikut saje bentuk tupperware. Hentakkan sedikit supaya semuanye rata. Nak hias dengan hirisan dark coklat pun boleh sebab nak seimbangkan rasa manis coklat putih. 

.



4. Selepas itu boleh la masukkan dalam peti ais. 

Dah sejuk boleh la menjamah. 




.



.


Comments

Popular Posts