RESEPI KEK BATIK KELADI MUDAH DAN JIMAT

 





Biasanya kita asyik buat kek batik milo cokelat original kan?  Ha,  apa kata kita Cuba buat kek batik keladi pulak. Cipta kelainan sedikit. Yang penting kena ada bahan2 di bawah ini. 

Bahan-bahan:

1. Satu paket biskut marie

2. Serbuk keladi 3 senduk. 

3. Dua cawan besar serbuk horlick

4. 1 butter/majerin. 

5. Dua cawan besar susu pekat. Nak kurangkan manis,  sila kurangkan susu pekat

6. Cokelat putih. * untuk topping

7. Whipped cream * untuk topping

Cara cara memasak:

Masakkan butter/majerin di atas kuali Yang perlahan. Kalau sudah cair sepenuhnya, boleh masukkan susu pekat. Sebatikannya. Selepas beberapa minit,  boleh masukkan serbuk keladi. Gaulkan sampai warnanya menjadi unggu sepenuhnya. 

Bila sudah buih kecil2, masukkan serbuk horlick. Seimbangkan rasa antara keladi & horlick. Sudah pekat, masukkan biskut Marie yg sudah dipatah2 menjadi kecil. Bila semuanya sudah bersalut, tuangkan ke dalam bekas. Biarkan ianya sejuk beberapa jam. 

Bila kek batik tadi sudah keras. Kita boleh buat topping atas. Masakkan whipped cream di atas periuk. Bila sudah panas, tuangkan cokelat putih masakkan. Gaulkan sehingga menjadi pekat. Agak2 sudah pekat, tuangkan ke atas kek batik keladi tadi. 

Wah, cantik kejadiannya. Biarkan ianya sejuk beberapa seketika Dan boleh masuk ke dalam peti ais. 

Sedia untuk dihidangkan bersama keluarga. 



Comments

Popular Posts