Resepi Black Pepper Chicken Tortilla Wrap

 

Kali ini kita tortilla Wrap dari Brand Kawan. Secara tak sengaja terpandang resepi content lain untuk buat chicken wrap. Kali ini saya olah mengikut citarasa saya sendiri. Ajom kita masak. 

Yang penting kena ada tortilla wrap macam dalam gambar di bawah. 

Bahan- bahan:
1. 2 keping tortilla wrap. (2 keping untuk dua orang) 
2. 3 keping burger. Xkisah jenama apa. Potong kecil2. 
3. Hirisan bawang holland. Lagi banyak lagi sedap. 
4. 2 lada benggala warna kuning/hijau/merah. Potong kiub kecil2
5. Sedikit lada hitam
6. Sos lada hitam
7. Sedikit perasa tambahan

Cara memasak intinya:

Masukkan hirisan bawang holland dan lada benggala dalam kuali

Kemudian masukkan burger yang telah dipotong tadi. Saya guna burger marina. 





Kacaukan dan biar seketika. Masa ini boleh masukkan lada hitam dan sos lada hitam. Akhir sekali serbuk perasa. 


Hasilnya akan jadi macam di bawah. 


Selesai untuk memasak intinya. Jom kita lihat cara memasak tortilla wrap pula. Senang aje panas2 sahaja tortilla wrap. Jangan terlalu lama nanti dia keras kejung pulak. 


Bila dah naik gelembung kecil2 tu, kita dah boleh masukkan inti yang kita dah buat tadi ke atas tortilla wrap. Tapi sebelum itu, kita boleh letak tomato dahulu. Boleh letak pelbagai sos macam sos cili, mayonis, sos bbq, kewpie- sos thousand island, rosted sesame dan macam2 lagi. Dan barulah letak inti tadi. Gulung2 dah siap. 






Comments

Popular Posts