Ikan sepat masin masak lemak cili api dan buluh belimbing



Hari ni baru rajin sikit nak masak menu untuk konten dalam blog. Bulan lepas sibuk dengan layan perasaan sampai lupa nak update dekat blog. Rindu kita ke tu??? 😛😛😛 Tekak masa hujan nak pekena yang masin-masin je, so saya terus buka apa yang ada dalam peti ais. Ada ikan masin sepat yang baru beli dekat pasar jumaat. Rembat dua ekor ikan sepat. Ambil tiga batang buluh belimbing dekat luar rumah. Masa tengok buahnya banyak yang dah ade ulat dan berlubang. Saya ambil mana yang helok je nak buat masak lemak cili api. Dua keping asam gelugur saya pi mintak kat pondok abah. 

Bahan-bahan:-
1. Dua/tiga ikan sepat/ ikan belukang. Berapa ekor ikut citarasa hangpa.
2.Dua keping asam gelugur.
3. 10 biji cili api pedas menyala
4. Sedikit serbuk paprika. ini saya guna sebab nak cantikkan warna lemak.
5. Sedikit serbuk kunyit
6. dua ulas bawang putih dan bawang merah
7. Buah belimbing. nak letak boleh tak nak letak, xapa.
8. Santan
9. sedikit perasa tambahan

Cara-cara:-
Saya tumbukkan sekali cili api, bawang merah dan bawang putih. Sudah lumat tu, saya tumiskan dalam periuk yang sudah ada minyak masak. Naik bau, tuangakn 2 cawan santan dan sedikit air. Biarkan seketika. Dah naik buih tu, masukkan asam gelugur, buah belimbing, sedikit serbuk kunyit, asam gelugur dan serbuk paprika.Dah sebati tu, saya letak ikan sepat di dalam. Perasakan dengan sedikit perasa tambahan. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan. nyumnyum!!!



Comments

Popular Posts