MAME CHEF TOMYAM SEDAP




 SEDAPNYE Mame Chef Tomyam ni....

Lebih-lebih lagi makan bila time hujan dan tak tahu nak makan apa. Buat pun senang aje. Rasa pun sedap dan menyelerakan. Resepi cara saya ada di bawah:-

Bahan-bahan:-

  • 1 bungkus mame chef tomyam
  • 3 cili api merah dan hijau
  • 2 batang serai
  • 3 sudu makan pes tomyam
  • Limau kasturi
  • 3/6 udang *ikut pilihan nak letak berapa banyak
  • Ayam/daging *ikut pilihan
  • 6 sotong yang dipotong bulat
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • serbuk perasa
  • 3 daun limau purut

First sekali kena tuangkan 2 cawan air ke dalam periuk. Bila sudah berbuih tepi-tepi tu, boleh masukkan serbuk yang ada dalam maggie. Kemudian masukkan cili api dan serai yang ditumbuk.

Lepas itu, boleh masukkan pes tomyam dan kacaukan seketika. 

Masukkan serbuk paprika dan sedikit perasa untuk menambahkan rasa uhmp dia.


Selepas dah mengelegak tu boleh dah masukkan udang dan sotong. Kacau sikit dan dah boleh tutup api.







Akhir sekali boleh masukkan maggie. Dah siap!!!













Comments

Popular Posts