Bungkus kaw kaw nu sentral

Pagi tadi Author ada singgah jap kat sini untuk breakfast sebab selalunya Author skip je breakfast nak cepat punya pasal. Jadi tergerak hati nak beli, jadi apa salahnya kan? Nampak macam sedap. Nasi lemak dia pun sedap jugak walaupun agak mahal sikit tapi sambal dia terbaik. Sesuailah pada mereka yang tak nak makan nasi banyak sangat Just sekadar isi perut waktu pagi. 




Kalau nak tahu, kafe bungkus kaw kaw ni ada perkhidmatan yang gunakan penghantaran servis grab food tau. Ha kalau lapar, pesan aje 😍. Lagi satu tempat duduk dia amatlah minima. Siapa cepat dia dapat la duduk situ n makan. Author ada juga duduk sekejap situ sebab nak rasa nikmat makanan dia. 

Ni Author rasa nasi lemak biasa dia. Rm3. 90 kot mcm tu. Sambal dia tu la yang sedap sangat apatah lagi bila minum dengan air kopi tu. Menaikkan semangat pagi. 😊 



Okey, ni Author pilih air kopi panas. Ada yang sejuk ada yang sederhana dan ada yang panas. Biasanya yang panas sedikit mahal mcm rm6. 50 mcm tu. Lepas tu cashier akan tanya, nak berapa percent gula nak letak dalam kopi tu. Ada 4 jenis xsilap. Ada yang 0 percent, ada 25 percent, ada yang 50 (half) *Author pilih half dan akhir 100 percent gula. Ha kau orang pilih la. 



Okey Last hari ni. Ada masa Author bungkus lagi. Servis yang cepat dan terbaik. Maya an pun super bagus ❤️😍

Comments

Popular Posts